TAJUK:
Peranan Masjid di Kariah Saya.
Peranan Masjid di Kariah Saya.
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 551
DISEDIAKAN OLEH:
Rozana Binti Ramli
No Matrik : 2009560963
Kumpulan: BMB2Ad
PROGRAM:
Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran)
Fakulti Pengurusan Perniagaan
Kod Program : BM220
Assalamualaikum Warahmatullah. Puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. ALLAHUMA SALLI 'ALA MUHAMMAD WA 'ALA A LIHI WASAH BIHI WASSALLAM
Isi Kandungan
· Penghargaan
· Pendahuluan
· Sejarah Dan Latarbelakang Masjid Kg. Alor Ara
· Misi
· Peranan
· Permasalahan dan Penyelesaian
· Kesimpulan
· Rujukan
Penghargaan
Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan CTU551 yang diamanahkan kepada saya dengan jayanya. Tujuan tugasan ini dijalankan juga adalah demi melahirkan insan atau umat islam yang betul-betul memahami pentingnya institusi masjid dan juga fungsinya terhadap umat islam sejagat.
Dalam menjayakan tugasan ini saya berkesempatan menggunakan cuti pertengahan semester bagi mendapatkan sumber-sumber dan rujukan di kampung dan juga bertanyakan kepada ahli keluarga saya. Dalam pada masa yang sama, saya juga telah berjumpa beberapa kariah masjid yang aktif mengimarahkan masjid ini. Disebalik tugasan ini juga terdapat beberapa hikmah penting saya dapati, misi dan fungsi masjid, permasalahan dan juga harapan penduduk kampung terhadap masjid ini. Nescaya apa yang telah dikaji dan juga dijalankan, telah berjaya menyuarakan suara ahli kariah masjid saya.
Dalam menjayakan tugasan ini saya berkesempatan menggunakan cuti pertengahan semester bagi mendapatkan sumber-sumber dan rujukan di kampung dan juga bertanyakan kepada ahli keluarga saya. Dalam pada masa yang sama, saya juga telah berjumpa beberapa kariah masjid yang aktif mengimarahkan masjid ini. Disebalik tugasan ini juga terdapat beberapa hikmah penting saya dapati, misi dan fungsi masjid, permasalahan dan juga harapan penduduk kampung terhadap masjid ini. Nescaya apa yang telah dikaji dan juga dijalankan, telah berjaya menyuarakan suara ahli kariah masjid saya.
Pendahuluan
Seperti yang kita sedia maklum, masjid adalah sesuatu yang amat penting bagi umat Islam sejagat. Sejak zaman Rasulullah lagi, semasa Rasulullah berhijrah ke Madinah, Rasulullah mendirikan terlebih dahulu sebuah masjid. Walaupun berasakan tanah dan juga pohon kurma, ternyata, Rumah Allah ini bukanlah sesuatu yang kecil fungsinya di dalam islam. Lihatlah bagaimana, di zaman Rasulullah lagi, masjid merupakan pusat pentadbiran, tempat penyebaran ilmu, dan juga tempat bagi umat islam berkumpul untuk berdiskusi mengenai masalah agama, selain dijadikan empat beribadat.
Asal perkataan masjid daripada bahasa Arab. Membawa pengertian tempat untuk bersujud.
Satu perkataan yang disebut sebanyak dua puluh lapan kali dalam al-Quran.
Bila sujud, tidak boleh dengan dahi sahaja. Kena letak di lantai bersama dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.Sujud membawa arti patuh, tunduk, taat dan hormat kepada Allah s.w.t. Bermaksud masjid sebagai jantung umat Islam untuk melestarikan ketaatan kepada Allah s.w.t. dalam segenap aspek kehidupan. Dalam surah al-Jin ayat 18 Allah berfirman yang bermaksud,
Satu perkataan yang disebut sebanyak dua puluh lapan kali dalam al-Quran.
Bila sujud, tidak boleh dengan dahi sahaja. Kena letak di lantai bersama dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.Sujud membawa arti patuh, tunduk, taat dan hormat kepada Allah s.w.t. Bermaksud masjid sebagai jantung umat Islam untuk melestarikan ketaatan kepada Allah s.w.t. dalam segenap aspek kehidupan. Dalam surah al-Jin ayat 18 Allah berfirman yang bermaksud,
"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapa pun bersama-sama Allah"
Pusat pengembangan Islam ini bermula di suatu tempat yang dipanggil ‘masjid’ oleh masyarakat
dahulunya dan juga sekarang. Pengembangan ilmu oleh ilmuan islam di seluruh dunia membuktikan islam merupakan agama yang penuh persepakatan dan juga, masjid adalah tempat ilmuan ini berkumpul dan juga bertukar-tukar pendapat serta tempat melahirkan ilmuan islam yanglebih mantap. Al-Quran menyebutkan fungsi masjid antara lain di dalam firman-Nya:
Bertasbihlah kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya pada waktu pagi dan petang, orang-orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan, dan tidak (pula) oleh jual-beli, atau aktivitas apa pun dan mengingat Allah, dan (dari) mendirikan solat, membayarkan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang (QS An-Nur[24]: 36-37). Sejarah Dan Latar Belakang Masjid Kg. Alor Ara
Masjid Kampong Alor Ara terletak di Kampung Alor Ara Timur ,Arau, Perlis. Jarak perjalanan dari rumah saya ke masjid ini adalah lebih kurang seribu meter. Masjid Kampong Alor Ara merupakan sebuah masjid yang berhadapan landasan keretapi yang menghubungkan di antara Alor Ara Timur dan juga kawasan Alor Ara Barat. Terletak di dalam kawasan sawah padi yang menghijau, ia dapat dilihat sekiranya anda menyeberangi landasan keretapi yang memisahkan sempadan antara dua daerah tersebut. Menurut Ketua Kampong Alor Ara Timur, Encik Ramli bin Abu seman, iaitu anak jati kampung ini yang banyak mengetahui selok belok masjid dan juga kariahnya berkata, ia begitu bersyukur, kerana pada saat ini warga kariah kampung masih lagi dapat menikmati suasana masjid yang selesa dan besar. Saya merasa terpanggil untuk menemu ramah beliau, apabila di kariah ini, masih lagi mengamalkan sistem ahli jawatankuasa masjid yang digelar imam, bilal dan siak, malah, kesemuanya merupakan orang asal kampung ini. Setelah beberapa lama berfikir, akhirnya, saya menemu ramah beliau, yang banyak mengetahui suasana masjid kampung Alor Ara ini.
Seperti yang dimaklumkan oleh beliau, masjid kampong Alor Ara ini dibina pada tahun 1970 oleh kerajaan negeri Perlis. Tatkala, penduduk kampung saya sangat berbesar hati apabila Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail sudi mencemar duli untuk merasmikan masjid Kampung Alor Ara, yang dimeriahkan lagi dengan kenduri kesyukuran serta bacaan surah Yasiin bagi menyempurnakan majlis. Menurut cerita En. Ramli lagi, asas pembinaan masjid ini adalah diperbuat daripada kayu-kayu serta bahan-bahan binaan moden seperti batu-bata dan simen. Seperti yang kita dapat lihat, masjid ini dibina di atas tanah seluas satu setengah ekar, yang dahulunya hingga sekarang di kawasan belakang tanah tersebut adalah kawasan sawah padi yang luas, serta terdapat rumah-rumah orang kampung yang masih teguh berdiri. Menurut kata En. Ramli lagi, pada awal tahun 1990, kelengkapan dalam masjid Kampung Alor Ara ini sekali lagi dinaik taraf dengan kemudahan - kemudahan yang lain seperti sistem PA yang lebih berkesan dalam melaungkan azan ke seluruh kampung, sistem kipas siling, serta terdapatnya hiasan lampu chandelier yang cantik yang terletak di tengah-tengah masjid untuk keselesaan kariah serta jemaah masjid bagi menunaikan ibadah dengan aman dan tenang. Tapak pembinaan masjid ini juga merupakan hasil sumbangan dua orang penduduk kampung yang bernama Haji Ahmad bin Omar bersama-sama Mat Isa bin Lebai Bakar yang telah mewakafkan tanah mereka untuk dibina masjid ini. Semoga Allah memberkati si penyumbang yang baik hati ini
Misi
Seperti yang kita semua maklum, masjid merupakan tempat bagi umat islam berkumpul dan juga menunaikan ibadah. Dalam pada masa yang sama, di sini, di kawasan kariah saya juga terdapat beberapa aktiviti yang mampu menarik masyarakat kampung hadir ke masjid. Dewasa ini, kita juga dapat lihat bahawa, masjid kini sudah tidak dipenuhi seperti dahulu. Ujar En. Ramli lagi, sejak tahun 1970-an lagi, terdapat sistem masjid yang terdiri daripada ahli jawatankuasa yang berkaliber dan bijak dengan memahami suasana kampung dan memahami kehendak masyarakat muda. Beliau ialah Haji Hamid bin Ngah, iaitu bekas imam masjid kampung Alor Ara. Akibat daripada kemerosotan kesihatan beliau, jawatan imam digantikan oleh En. Zainol bin Yob. Beliau berjaya menarik ramai penduduk kampung hadir di masjid dengan melakukan aktiviti kerohanian seperti tilawah Al Quran, Khatamul Al-Quran di bulan Ramadhan, terdapat juga aktiviti hiburan yang berlandaskan Islam seperti pertandingan Qasidah dan juga nasyid. Pada ketika ini, beliau masih lagi mampu menarik ramai masyarakat kampung hadir ke masjid bagi mengimarahkan masjid. Namun sekarang, aktiviti ini haruslah diteruskan dan ditambah baikkan oleh pihak ahli jawatankuasa masjid, demi menarik masyarakat kampung mengimarahkan masjid. Hari ini juga terdapat beberapa aktiviti yang diwujudkan oleh pihak jawatankuasa masjid, antara yang menarik perhatian saya adalah, dengan menjemput penceramah dari luar untuk bertukar-tukar pendapat dan ilmu bagi memantapkan lagi proses menuntut ilmu masyarakat kampung saya. Selain itu, masih diwujudkan lagi sistem “tabung masjid” bagi mendapatkan dana dan sumbangan ikhlas secara berterusan. Hasil daripada dana dan sumbangan ini, akan disalurkan kepada pihak tertentu seperti anak-anak yatim, orang-orang tua yang tidak berupaya serta anak-anak muda kampung yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Justeru, ia merupakan langkah kreatif pihak masjid bagi menarik masyarakat kampung beribadah sambil menderma serta menyumbangkan dana kepada masjid secara berterusan.
Peranan
Sebenarnya, pada peringkat awal lagi, masjid ini berfungsi sebagai tempat penyebaran ilmu, namun fungsi ini telah pun berkurangan, apabila masyarakat kampung kurang tertarik untuk menghadiri kuliah-kuliah atau kelas pengajian yang diadakan di masjid ini. Hari ini, kelas-kelas pengajian boleh dikatakan diadakan di masjid lebih kerap berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada setiap hujung minggu, kelas-kelas pengajian akan dijalankan dengan bergurukan tenaga pengajar dari kampung saya sendiri ataupun dengan menjemput Guru Agama dari luar yang mempunyai masa yang terluang untuk hadir ke masjid ini.
Seterusnya, masjid ini juga seringkali dijadikan kawasan bagi pendakwah-pendakwah (tabligh) hadir untuk menyampaikan ilmu agama kepada seluruh masyarakat kampung. Di sini, mereka menjadikan masjid sebagai tempat menumpang dan juga tempat menyebarkan ilmu. Seperti yang kita semua maklum, di masjid jugalah tempat umat islam berkumpul, dan juga menjalinkan silaturrahim serta bertukar-tukar pendapat. Bahkan ianya juga tempat untuk umat islam mengadu dan membincangkan masalah sesama umat islam.
Di samping itu, masjid dianggap juga sebagai balai pertemuan penduduk di sini sebelum melakukan sesuatu aktiviti kemasyarakatan, contohya bergotong-royong, berkebajikan dan macam-macam lagi. Biasanya perihal ekonomi kampung ataupun kariah saya turut dibincangkan di masjid ini, contohnya memutuskan hasil perbincangan urusan ekonomi kariah. Dengan wujudnya masjid, secara tidak langsung setiap tetamu rumah Allah boleh membentuk akhlak yang mulia dan mengukuhkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Tuhan yang Maha Esa, malahan masjid turut juga dijadikan dewan muzakarah dan syura.
Masjid Alor Ara juga menjadi pusat pembentukan keperibadian insan. Ia merupakan pusat yang menghubungkan manusia sesama manusia dan hubungan manusia bersama penciptanya, bagi memperkasa dan memartabatkan umat berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Firman Allah dalam surah Al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud,
Allah meninggikan darjat orang-orang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.
Di masjid Kampung Alor Ara, nilai-nilai murni diterapkan dalam diri setiap anak- anak kampung secara tidak formal. Golongan dewasa menjadi model terbaik untuk kanak-kanak dengan menunjukkan sahsiah diri yang baik, secara tidak langsung anak-anak muda akan meniru amalan baik yang dilakukan oleh orang dewasa. Sekiranya anak kecik melakukan sesuatu yang tidak elok, semua pihak akan menegur dengan lembut dan memberi tunjuk ajar yang sepatutnya. Anak-anak mudah diajar seusia muda. Anak kampung dididik untuk berkelakuan baik untuk memastikan sahsiah diri terpelihara dan menjamin kekuatan iman serta menjadi anak yang mentaati perintah Allah dan kedua ibu bapa. Institusi masjid menjadi pelengkap kepada anak-anak kampung.
Pemasalahan dan Penyelesaian
"Akan datang suatu zaman keatas manusia tidak kekal dalam agama islam kecuali namanya sahaja, dan tidak kekal didalam al-quran (tidak dihayati dan tidak dilaksanakan ajarannya) melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjidnya yang besar dan indah dibangunkan disana sini, tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya".
(Riwayat Muslim)
Ternyata apa yang diriwayatkan oleh muslim dari hadis Rasulullah SAW, adalah benar sama sekali, tatkala manusia berpusu-pusu membina masjid yang tersergam indah dan besar, namun kuantiti umat Islam masih lagi dapat dipertikaikan. oleh itu, sebagai umat islam yang ingin terus membangun seiiring mengejar balasan baik di akhirat, haruslah kita mengimarahkan masjid yang tersergam indah di merata-rata tempat ini. Hal ini juga berlaku di Kampung Alor Ara ini. Bagi mengatasi masalah ini, ahli jawatankuasa masjid mestilah lebih prihatin dalam mencari punca mengapa muda belia sekarang mahupun yang sudah tua, tidak hadir ke masjid bagi mengimarahkannya. Di kampung saya, masjid Kampung Alor Ara telah pun melakukan beberapa perancangan, seperti menganjurkan gotong-royong setiap bulan, mengadakan pertandingan tilawah, dan juga beberapa aktiviti lain yang mampu menarik muda-mudi hadir ke masjid.
Seterusnya, antara kelemahan yang dikenal pasti hari ini ialah pengurusan masjid yang kurang efisien dan juga kurang cekap. Ia dapat dilihat, apabila tampuk pemimpin jawatankuasa masjid merupakan dari golongan tua, dan agak sukar bagi mereka menjalankan aktiviti tanpa bantuan golongan muda. Hal ini dapat diatasi dengan mencari pelapis-pelapis muda daripada golongan belia kampung, bagi menjamin kesejahteraan masjid. Tambahan pula, di sini, tiadanya golongan muda yang memegang jawatan seperti imam, bilal dan sebagainya. Yang ada hanyalah golongan luar, yang baharu sahaja menetap di kampung Alor Ara ini, yang menggantikan imam dan bilal daripada lapisan golongan orang lama. Oleh itu, jawatankuasa masjid seharusnya lebih menitik beratkan hal seperti ini, dalam mencari pelapis golongan muda, kerana tiada siapa lagi yang lebih layak untuk menyambung legasi ini melainkan masyarakat kampung Alor Ara sendiri yang berpengetahuan dalam menjadi imam mahupun bilal ataupun ahli jawatankuasa masjid ini.
Kesimpulan
"Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid,maka saksikanlah yang ia adalah seorang yang beriman".
(Riwayat Imam Ahmad Wa Ibnu Majah)
Kesimpulannya, mengimarahkan masjid merupakan tanggungjawab bersama oleh semua umat Islam. Tidak kiralah golongan dewasa ataupun tua, masjid seharusnya diimarahkan bersama-sama supaya pengisian dan juga penghasilan terhadap umat islam itu benar-benar sejati untuk membuktikan hadis di atas, umat islam yang benar-benar beriman merupakan umat islam yang dapat hadir ke masjid bagi beribadah kepada Allah s.w.t.
Sekali lagi ingin saya simpulkan sebagai penutup bahawa masjid adalah rumah Allah yang berfungsi sebagai tempat beribadah, penyebaran ilmu, berdakwah dan sebagainya yang mulia disisi Allah s.w.t. Sebagai umat Islam, saya menyeru diri saya dan umat Islam yang lain, marilah kita mengimarahkan masjid, demi melahirkan diri kita sebagai umat islam yang sejati. Golongan Yahudi akan gentar apabila kita sebagai umat Islam dapat menunaikan solat Subuh dengan memenuhi dan merapatkan safnya seperti saf solat Jumaat, mengapa tidak kita lakukannya demi umat Islam sejagat.
Rujukan
- Ustaz Abd Aziz Bin Harjin ( Pensyarah CTU 551 UiTM Arau, Perlis )
- En. Ramli Bin Abu Seman ( Ketua Kampung Alor Ara Timur )
- Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Alor Ara Timur
- Masyarakat Kampung Alor Ara Timur
- Blogers
Catatan oleh :
Rozana binti Ramli
No. 230 Kg. Alor Ara Timur,
02600 Arau,
Perlis.

Terima kasih anda telah Berjaya membangunkan blog ini dan memperkenalkan kampung ini.
ReplyDeleteHarap maaf ada sedikit Pembetulan,
Sejarah Dan Latar Belakang Masjid Kg. Alor Ara
Masjid Kampong Alor Ara terletak di Kampung Alor Ara Timur ,Arau, Perlis.
Sebenarnya Masjid Kampong Alor Ara terletak di Kampung Alor Ara Barat ,01000 Kangar, Perlis.
Info
Kampung Alor Ara terbahagi dua dipisahkan oleh landasan keretapi.
1. Kampung Alor Ara Timur, 02600 Arau, Perlis (surat dikendalikan oleh Pejabat Pos Arau)
2. Kampung Alor Ara Timur, 01000 Kangar, Perlis (surat dikendalikan oleh Pejabat Pos Kangar)
Haraf maaf
Terbaik.... tahniah
ReplyDelete